Wednesday, December 16, 2009

Le. Gardenie


  • Le.Gardenie ialah sebuah komik romantik malaysia karya Ben. Ia disirikan di dalam majalah Utopia dan telah dibukukan dalam empat naskhah novel grafik; Le.Gardenie, Le.Gardenie Foolish Fruits, Le.Gardenie Party of Three dan Le.Gardenie Final Four.
  • Le.Gardenie pada asalnya dilukis dan dikarang sepenuhnya oleh Ben, namun selepas beliau keluar daripada GempakStarz, ia dilukis oleh staf GempakStarz.

Sinopsis

-Orange boleh dikatakan simbol bagi kejahilan peria remaja yang ingin bercinta. Tidak pernah walau sekali dia mampu mencipta takdir yang baik dengan gadis-gadis di sekeliling. Dan acapkali juga, emosinya memainkan peranan sehingga membawa kepada kemusnahan. Sebagai contoh, dia secara tidak langsung membuatkan sahabat baiknya sejak kecil, Kiwi dituduh melakukan jenayah di sekolah kerana hubungannya dengan seorang gadis lain, Lemon yang hanya mempergunakannya bagi melaksanakan komplot tertentu. Sementara itu, seorang juita yang dia cukup minati, Apple menghindari kewujudannya kerana salah faham yang dilakarnya sendiri.

Watak dan Perwatakan

  • Orange - seorang remaja yang naif dan berkawan baik dengan kiwi sejak kecil. Dia ialah anak tunggal kedua ibu bapanya.
  • Kiwi - kawan baik kepada Orange, dia seorang remaja perempuan yang sedikit tomboi tetapi berhati baik. Sering mempertahankan Orange jika dia dibuli.
  • Lemon - remaja perempuan yang manja dan berwajah cantik, sanggup melakukan apa saja untuk mendapat apa yang dia mahu. Pun begitu, dia ialah seorang yang kesunyian.
  • Apple - seorang remaja perempuan berwajah cantik dan ayu. Dia adalah seorang yang berperwatakan pemalu, baik, perihatin dan agak pendiam.
Senarai Novel Grafik
  • Le.Gardenie
  • Le.Gardenie Foolish Fruits
  • Le.Gardenie Party of Three
  • Le.Gardenie Final Four


2 comments:

eddy said...

lukisan yg cntik
dan jln crita yng bnyak suspend dan kejutan
tapi memang best ar baca komik ni...

Apple said...

btul tu..
citer yg menarik yg pnah aku bce

Post a Comment

 

© 2009Tentang Apple | by TNB