Fatal Chaos ialah sebuah komik Malaysia yang bergenrekan komik ini merupakan karya Benny Wong dan telah disirikan di dalam majalah Starz kemudian di majalah Gempak. Komik ini turut mempunyai lima novel grafik.
Fatal Chaos pada asalnya dilukis dan dikarang sepenuhnya oleh Ben, namun selepas beliau keluar daripada GempakStarz, ia dilukis oleh staf GempakStarz.
Fatal Chaos |

Kulit novel grafik kedua Fatal Chaos |
Penerbitan |
Karya | Benny Wong |
Mula disirikan | 1 Jun 2004 - 2008 |
Penerbit | Kumpulan Art Square |
Majalah | Starz & Gempak |
Komik |
Watak utama | T-Rex |
Kotak ini: papar • bincang • sunting |
Sinopsis
T-Rex merupakan seorang pelajar ahli seni bela diri yang bermasalah. Setelah lapan kali dibuang sekolah dalam tempoh setahun kerana masalah disiplin, dia tiba ke sekolah baru dengan harapan yang kosong. Di sana, dia menemui kawannya Max dan mula mengenali Eva dan adiknya Eve. Pada saat cintanya kepada Eva mula berputik, sekonyong-konyongnya muncul Leo Stiffer yang bakal memberi persaingan kepada T-Rex baik dari segi percintaan mahupun kemahiran berlawan. Rex telah menyertai satu pertandingan yang dipanggil Royal Survivor Battle. Dalam pertandingan itu, Rex telah mengetahui tentang satu organisasi yang dipanggil Evil Rabbit dan diketuai oleh Ketua Evil Rabbit yang merupakan seorang ninja. Keadaan menjadi buruk apabila Evil Rabbit mengganas dan mengakibatkan kematian Max yang telah dibunuh oleh salah seorang geng Evil Rabbit dan Ketuanya telah membutakan mata Eva. Keadaan ini telah mengakibatkan kemarahan Rex dan menonjolkan kuasanya yang telah lama terpendam dalam dirinya. Rex telah mengetahui bahawa terdapat satu makhluk yang amat berkuasa yang dipanggil Berbakov berada dalam dirinya yang telah diwarisi dari ibunya. Dengan kuasa yang hebat dan didikan Pakham, Rex telah menguasai kuasa itu dan menggunakannya untuk menentang Evil Rabbit. Keadaan menjadi buruk apabila Max yang disangka mati, telah hidup semula dengan bantuan Ketua Evil Rabbit dan Max telah menjadi ketua Evil Rabbit yang baru untuk menentang Rex. Mereka berdua pun bertarung dan Rex telah memenangi pertarungan itu tanpa membunuh Max yang kemudiannya telah insaf.
Protagonis
T-Rex
T-Rex merupakan watak utama dalam novel ini. Telah 8 kali dibuang sekolah kerana masalah disiplinnya dan kemasukan Rex ke sekolah barunya telah menyedarkan bahawa terdapat orang yang lebih kuat daripadanya. Rex amat meminati Eva,anak Pakham namun akhirnya dia lebih menyukai adik Leo Stiffer, Cleo. Rex mempunyai satu kuasa yang hebat menggunakan kuasa ini untuk menghapuskan Geng Evil Rabbit.
Eva
Eva merupakan anak kepada guru Rex, iaitu Pakham. Dia merupakan bekas kekasih Leo Stiffer dan diminati oleh Rex. Merupakan seorang yang sangat hebat dalam seni pertahankan diri sehingga dianggap setanding dengan Leo Stiffer. Kedua-dua matanya menjadi buta kerana telah diserang oleh Ketua Evil Rabbit.
Eve adik kepada Eva.Rakan sekelas Max.Tidak mengetahui sebarang teknik mempertahankan diri seperti kakaknya tetapi sangat baik hati
Max kawan karib T-Rex.Mahir dalam seni bela diri Thai.Menaruh hati kepada Eve.Dia telah dibunuh oleh Perempuan Jodo tetapi kemudian dia telah dihidupkan oleh Ketua kumpulan Evil Rabbit
Pakham ayah kepada Eva dan Eve.Mengajar Rex seni mempertahankan diri.
Antagonis
Lelaki bertopeng Salah seorang kumpulan Evil Rabbit.Mahir dalam ilmu ninja dan ilmu gelap.Orang yang membutakan mata Eva dan menghidupkan Max.
Ketua Evil Rabbit merupakan ketua kumpulan Evil Rabbit.
Perempuan Judo ahli kempulan Evil Rabbit.Salah satu musuh utama Max dan Phoebe,kerana Phoebe telah meninggalkan kumpulan Evil Rabbit dan dia telah menggantikan tempat Phoebe.Selepas dia meningkari arahan ketua Evil Rabbit,dia dihukum oleh Lelaki bertopeng kemudian dikurniakan kuasa kegelapan oleh ketua Evil Rabbit.Telah membunuh Max selepas mendapat kuasa kegelapan.
Trivia
- Pakham sangat menyerupai bintang bola sepak iaitu David Beckham.Mempunyai nama dan rambut yang hampir serupa serta sering kali memakai jersi nombor '23' iaitu jersi yang dipakai oleh Beckham sewaktu di Real Madrid
- Ben tidak sempat menghabiskan komik ini kerana beliau telah pun meninggalkan Kumpulan Art Square sebelum sempat menghabiskan komik ini dan Le.Gardenie